Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.



Thursday, November 25, 2010

PROGRAM PINTAR SABAH





Pintar Sabah dianjurkan oleh JPNIN Negeri Selangor bersama JPNIN Negeri Sabah. Program ini telah dadakan pada 15 hinggga 18 April 2010. Negeri Selangor diwakili oleh guru dan penolong guru JPNIN Daerah Gombak dan guru dan penolong JPNIN Daerah Hulu Selangor. Pegawai yang mengiringi daerah Gombak ialah En Za'aba bin Abd Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Gombak.

Kursus Standard Pembelajaran untuk Pen Guru.







Kursus Standard pembelajaran untuk penolong guru telah diadakan pada 2 April hingga 4 April 2010 bertempat di Holtel Carlton Shah Alam. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan penolong bagaimana cara untuk mengediakan ringkasan mengajar dan cara untuk mengajar murid-murid.

Pertandingan Mewarna




Pada 27.03.2010 bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Bolatan telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak tabika sekitar daerah Gombak yang berumur 5 dan 6 tahun. Program ini diadakan sempena Kempen Penjegahan Jenayah yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Perisikan Malasia (BARIS) bersama KRT Kg Tengah Lembah. Dalam pertandingan ini adik Mohd Syafirul bin Amer Hamzah dari KTP Kg Laksamana telah memenangi tempat ke 5.

Rakaman Rancangan Pondok-Pondok NTV7




Pada 17.3.2010 Murid-murid Tabika Perpaduan Kg Laksamana bersama dengan Tabika Perpaduan sekitar selayang telah menghadiri rakaman rancangan pondok- pondok bersama Nabil Raja Lawak di NTV7.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH GOMBAK









Sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Bandar Baru Selayang.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Gombak yang melibat semua agensi kerajaan , swasta dan sekolah yang berada dalam daerah Gombak.

PENYAMPAIAN WATIKAH JPTP 2010




Pada 21 Februari 2010 bertempat di Tkt 3 Auditorium Hospital Sg Buluh telah berlangsung majlis penyampaian watikah JPTP tahun 2010. Majlis telah disempurnakan olh Tn Hj Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.


Tabika Perpaduan Kg Laksamana
Kanak-Kanak TP Kg Laksamana
CIKGU ROSNAWATI HASSAN PENOLONG GURU