Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.



Monday, December 13, 2010

SEMINAR KESEDARAN PENGGUNA ( KEMPEN PENGURANGAN PENGAMBILAN GULA )




Pada 4 November 2010 bertempat di Dewan Kompeks Pegawai Daerah Gombak telah diadakan seminar kesedaran pengguna dan kempen pengurangan pengambilan gula ajuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Pengunaan Gombak dan Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Peserta terdiri daripada kakitangan JPNIN Daerah Gombak , guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak , ahli Jawatankuasa KRT dan penduduk sekitar. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Tn Hj Zainon bin Salleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Negeri Selangor. Turut hadir Pn Azian bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

KURSUS MOTIVASI BINA NEGARA




Kursus Motivasi Bina Negara telah dianjurkan oleh JPNIN Daerah Gombak bersama Kem Bina Negara Meru, Klang bermula 12 November 2010 hingga 14 November 2010. Seramai 84 orang peserta terlibat dalam program ini. Peserta terdiri daripda pegawai JPNIN Daerah Gombak ,guru /penolong guru Tabika Perpaduan, AJK Krt dan Jawatankuasa penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak.

JAMUAN PERPADUAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PERLANTIKAN AJK KRT DAERAH GOMBAK


Pada 31 Oktober 2010 JPNIN Daerah Gombak telah menganjurkan majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah perlantikan AJK KRT daerah Gombak. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor. Dlam majlis tersebut insuran takaful telah menyampaikan cek kepada AJK KRT yang meninggal akibat kemalangan jalanraya.

Hari Graduan dan Tabikarama Peringkat Daerah gombak







Hari Graduan dan Tabikarama Peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 24 0ktober 2010.Majlis telah diadakan di Auditrium hospital Sg. Buluh dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Bhakri bin Abdul Rahman Pegawai Pendidikan daerah Gombak.Tujuan Majlis ini diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang akan menaiki ke darjah satu pada tahun 2011 dan disamping itu juga kita dapat menyaksikan bakat-bakat kanak-kanak tabika dalam tabikarama.Sebanyak 18 tabika telah mengambil bahagian dalam persembahan Tabikarama.Turut hadir sama dalam program ini ialah En.Magedran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak.

LAWATAN PERGIGIAN KLINIK SELAYANG.

Lawatan dari klinik pergigiaan Selayang telah dilawati ke KTP Kg Laksamana sebanyak dua kali dalan setahun iaitu pada 13 April 2010 dan 28 September 2010. Lawatan ini merupakan program rutin yang dijalankan oleh pusat kesihatan selayang pada setiap tahun . Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengajar kanak-kanak tabika cara-cara menjaga kebersihan gigi dan mengamalkan pemakanan yang sihat agar gigi sentiasa bersih ,sihat dan kuat.

MAJLIS BACAAN YASSIN, CERAMAH MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN BULAN BULAN RAMADHAN.







Pada 4 Ogos 2010 bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu Rawang telah diadakan majlis bacaan Yassin, ceramah motivasi dan sambutan hari lahir guru/pen guru bulan Januari hingga bulan Ogos 2010. Majlis dimulai dengan ceramah motivasi bertajuk Amanah kepada Tuhan, Majikan dan Diri Sendiri yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abd Malik . Selepas ceramah motivasi majlis diteruskan dengan bacaan Yassin, dan diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan JPNIN daerah Gombak dan guru serta penolong guru yang disampikan oleh En Magendran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak.

SUKANEKA TABIKA PERPADUAN DAERAH GOMBAK.





Sukaneka Tbk Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Institut Kraf Negara Temler ,Rawang. Majlis telas dirasmikan oleh Y.Bhg Pn Siti Zuraidah bt Abd Majid Pen. Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor. Turut hadir ialah En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pengerusi KRT ,Pengerusi JPTP dan ibubapa. Sukaneka ini melibatkan 18 buah Tabika Perpaduan dalam daerah Gombak.

HARI BERTEMU PELANGGAN.

Hari bertemu pelanggan Tabika Perpaduan Kg Laksamana telah diadakan pada 3 Julai 2010 bertempat di KTP Kg Laksamana. Program ini berjalan serentak disemua Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Program ini juga pertama kali diadakan oleh Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memaklumkan kepada ibubapa mengenai perkembangan pelajaran anak-anak mereka, disamping itu juga ibubapa boleh bertukar-tukar fikiran tentang pelajaran kanak-kanak. Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ibubapa yang hadir. Pn Rahayu bt Abdul Wahab PPP JPNIN Daerah Gombak turut hadir dalam program ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC




Lawatan sambil belajar murid-murid Tabika Perpaduan Kg Laksamana ke Petrosains KLCC telah dijalankan pada 24 Jun 2010. Aktiviti ini melibatkan murid-murid seramai 24 orang dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Kg Laksamana. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kapada murid-muri mengenai dunia luar dan alam sains, program ini juga dapat mengajar murid-murid untuk berdikari disamping dapat mengeratkan lagi hubungan diantara JPTP dan guru-guru.

Sunday, December 12, 2010

Bengkel e-tp Tabika Perpaduan Daerah Gombak.



Bengkel E-tp tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan pada 29.06.2010 di makmal Komputer kolej komuniti, Selayang. Bengkel ini dikendali oleh Cg.Norashidah bt. Md Nor Jurulatih Utama dan dibantu oleh Cg. Siti Khursiah bt Johan.Tujuan bengkel ini diadakan untuk membantu guru-guru menghantar maklumat tabika melalui e-tp.


Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor.


Pada 20 Jun 2010 Sambutan bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Hotel De Palma Shah Alam. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Azmin Amin Ketua Pengarah JPNIN Malaysia serta isteri. Dalam majlis tersebut turut diadakan anugerah cemerlang bagi KRT , SRS dan Tabika Perpaduan. Tabika Perpaduan PKKN Sg Buluh telah memenangi ketegori tabika cemerlang bagi daerah Gombak. KRT pula cemerlang dimenagi oleh KRT Taman Permata manakala SRS dimenangi oleh KRT Sg Bakau.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2010




Sambutan Hari Guru Peringkat JPNIN peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 18 Mei 2010 bertempat di Hotel Carlton Shah Alam. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.

Thursday, November 25, 2010

PROGRAM PINTAR SABAH





Pintar Sabah dianjurkan oleh JPNIN Negeri Selangor bersama JPNIN Negeri Sabah. Program ini telah dadakan pada 15 hinggga 18 April 2010. Negeri Selangor diwakili oleh guru dan penolong guru JPNIN Daerah Gombak dan guru dan penolong JPNIN Daerah Hulu Selangor. Pegawai yang mengiringi daerah Gombak ialah En Za'aba bin Abd Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Gombak.

Kursus Standard Pembelajaran untuk Pen Guru.







Kursus Standard pembelajaran untuk penolong guru telah diadakan pada 2 April hingga 4 April 2010 bertempat di Holtel Carlton Shah Alam. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan penolong bagaimana cara untuk mengediakan ringkasan mengajar dan cara untuk mengajar murid-murid.

Pertandingan Mewarna




Pada 27.03.2010 bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Bolatan telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak tabika sekitar daerah Gombak yang berumur 5 dan 6 tahun. Program ini diadakan sempena Kempen Penjegahan Jenayah yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Perisikan Malasia (BARIS) bersama KRT Kg Tengah Lembah. Dalam pertandingan ini adik Mohd Syafirul bin Amer Hamzah dari KTP Kg Laksamana telah memenangi tempat ke 5.

Rakaman Rancangan Pondok-Pondok NTV7




Pada 17.3.2010 Murid-murid Tabika Perpaduan Kg Laksamana bersama dengan Tabika Perpaduan sekitar selayang telah menghadiri rakaman rancangan pondok- pondok bersama Nabil Raja Lawak di NTV7.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH GOMBAK









Sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Bandar Baru Selayang.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Gombak yang melibat semua agensi kerajaan , swasta dan sekolah yang berada dalam daerah Gombak.

PENYAMPAIAN WATIKAH JPTP 2010




Pada 21 Februari 2010 bertempat di Tkt 3 Auditorium Hospital Sg Buluh telah berlangsung majlis penyampaian watikah JPTP tahun 2010. Majlis telah disempurnakan olh Tn Hj Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.


Tabika Perpaduan Kg Laksamana
Kanak-Kanak TP Kg Laksamana
CIKGU ROSNAWATI HASSAN PENOLONG GURU