Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.



Monday, December 13, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN.

Hari bertemu pelanggan Tabika Perpaduan Kg Laksamana telah diadakan pada 3 Julai 2010 bertempat di KTP Kg Laksamana. Program ini berjalan serentak disemua Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Program ini juga pertama kali diadakan oleh Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memaklumkan kepada ibubapa mengenai perkembangan pelajaran anak-anak mereka, disamping itu juga ibubapa boleh bertukar-tukar fikiran tentang pelajaran kanak-kanak. Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ibubapa yang hadir. Pn Rahayu bt Abdul Wahab PPP JPNIN Daerah Gombak turut hadir dalam program ini.

No comments:

Post a Comment

Tabika Perpaduan Kg Laksamana
Kanak-Kanak TP Kg Laksamana
CIKGU ROSNAWATI HASSAN PENOLONG GURU