Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.



Monday, December 13, 2010

SEMINAR KESEDARAN PENGGUNA ( KEMPEN PENGURANGAN PENGAMBILAN GULA )




Pada 4 November 2010 bertempat di Dewan Kompeks Pegawai Daerah Gombak telah diadakan seminar kesedaran pengguna dan kempen pengurangan pengambilan gula ajuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Pengunaan Gombak dan Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Peserta terdiri daripada kakitangan JPNIN Daerah Gombak , guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak , ahli Jawatankuasa KRT dan penduduk sekitar. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Tn Hj Zainon bin Salleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Negeri Selangor. Turut hadir Pn Azian bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

KURSUS MOTIVASI BINA NEGARA




Kursus Motivasi Bina Negara telah dianjurkan oleh JPNIN Daerah Gombak bersama Kem Bina Negara Meru, Klang bermula 12 November 2010 hingga 14 November 2010. Seramai 84 orang peserta terlibat dalam program ini. Peserta terdiri daripda pegawai JPNIN Daerah Gombak ,guru /penolong guru Tabika Perpaduan, AJK Krt dan Jawatankuasa penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak.

JAMUAN PERPADUAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PERLANTIKAN AJK KRT DAERAH GOMBAK


Pada 31 Oktober 2010 JPNIN Daerah Gombak telah menganjurkan majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah perlantikan AJK KRT daerah Gombak. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor. Dlam majlis tersebut insuran takaful telah menyampaikan cek kepada AJK KRT yang meninggal akibat kemalangan jalanraya.

Hari Graduan dan Tabikarama Peringkat Daerah gombak







Hari Graduan dan Tabikarama Peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 24 0ktober 2010.Majlis telah diadakan di Auditrium hospital Sg. Buluh dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Bhakri bin Abdul Rahman Pegawai Pendidikan daerah Gombak.Tujuan Majlis ini diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang akan menaiki ke darjah satu pada tahun 2011 dan disamping itu juga kita dapat menyaksikan bakat-bakat kanak-kanak tabika dalam tabikarama.Sebanyak 18 tabika telah mengambil bahagian dalam persembahan Tabikarama.Turut hadir sama dalam program ini ialah En.Magedran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak.

LAWATAN PERGIGIAN KLINIK SELAYANG.

Lawatan dari klinik pergigiaan Selayang telah dilawati ke KTP Kg Laksamana sebanyak dua kali dalan setahun iaitu pada 13 April 2010 dan 28 September 2010. Lawatan ini merupakan program rutin yang dijalankan oleh pusat kesihatan selayang pada setiap tahun . Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengajar kanak-kanak tabika cara-cara menjaga kebersihan gigi dan mengamalkan pemakanan yang sihat agar gigi sentiasa bersih ,sihat dan kuat.

MAJLIS BACAAN YASSIN, CERAMAH MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN BULAN BULAN RAMADHAN.







Pada 4 Ogos 2010 bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu Rawang telah diadakan majlis bacaan Yassin, ceramah motivasi dan sambutan hari lahir guru/pen guru bulan Januari hingga bulan Ogos 2010. Majlis dimulai dengan ceramah motivasi bertajuk Amanah kepada Tuhan, Majikan dan Diri Sendiri yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abd Malik . Selepas ceramah motivasi majlis diteruskan dengan bacaan Yassin, dan diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan JPNIN daerah Gombak dan guru serta penolong guru yang disampikan oleh En Magendran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak.

SUKANEKA TABIKA PERPADUAN DAERAH GOMBAK.





Sukaneka Tbk Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Institut Kraf Negara Temler ,Rawang. Majlis telas dirasmikan oleh Y.Bhg Pn Siti Zuraidah bt Abd Majid Pen. Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor. Turut hadir ialah En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pengerusi KRT ,Pengerusi JPTP dan ibubapa. Sukaneka ini melibatkan 18 buah Tabika Perpaduan dalam daerah Gombak.
Tabika Perpaduan Kg Laksamana
Kanak-Kanak TP Kg Laksamana
CIKGU ROSNAWATI HASSAN PENOLONG GURU